Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Sunday

Aircond kereta dan wang

Hari ini hujan sepanjang hari.

Saya bangun dari tidur pukul 4 petang, saya ingatkan pukul 4 petang itu adalah pukul 11 pagi.

Betul.

Kemudian, saya bergerak pulang ke kampung. Isi minyak kereta RM11. Abang petrol pump buat muka pelik. Tapi, bagi saya RM11 adalah biasa bagi seorang rakyat malaysia yang biasa-biasa dan tak kaya. Minyak petrol memang mahal. Tapi RM1 masih punya nilai.

Dalam perjalanan, hujan sepanjang jalan. Hujan dan wang sebenarnya punya banyak kaitan, dan salah satu daripadanya adalah kisah ini.

Kami isi minyak kereta RM11 dan terpaksa pasang aircond yang menambah penggunaan petrol.

Serius, ini realiti kehidupan seorang rakyat yang punya kewangan biasa ataupun orang-orang yang tidak biasa panggil rakyat marhaen.

Semuanya perlu duit, termasuk hari hujan.

No comments: