Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Thursday

Jurnal Seekor Kucing Jalanan 2

Saya Joe. Ini cerita saya. Cerita hari-hari saya di jalanan.

Pada suatu masa, setelah saya yakin saya tidak lagi perlu hidup bergantungan dengan ibu, saya fikir saya perlu berdikari dan mencari pengalaman sendiri.

Rak ini, kedai ini tidak memberi apa-apa makna pada saya, walaupun tuan kedai ada juga menghulur makanan dan membantu kami anak beranak sedikit sebanyak.

Saya rasa saya tak perlu itu. Saya Joe.

Dan saya perlu keluar dari sini.

"Ibu, saya mahu keluar dari sini,"

"Kamu mahu kemana?"

"Kemana saja, bukankah perjalanan hidup ini panjang dan saya mahu cari pengalaman,"

"Baiklah ibu tidak menghalang, tapi ingat satu pesan ibu,"

"Ya ibu?"

"Dari jalan asal kita, kepada jalan kita kembali,"

Saya diam. Ibu sedang berbaring, dan saya rasa haus. Kemudian saya minum susu ibu dahulu. Ibu tersenyum lalu memeluk saya yang sedang menyusu.


bersambung...

Episod 1

2 comments:

Intan Alias said...

cepat abeskan susu.

Raja Fiqri Fauwaz said...

intan - baiklah. kikiki