Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Tuesday

Sepotong ranting di jalanan

Saya mendongak ke atas. Berpuluh adik beradik masih bersama ibu. Dengan daun muda, dengan bunga baru nak kembang.

Saya?

Baru tadi berpisah dengan ibu. Mahu mencari pengalaman hidup sendiri, dalam hiruk pikuk kota.

'Berdikari' kata manusia.

Manusia makhluk sempurna. Punya akal, perasaan dan tubuh badan.

Saya?

Sepotong ranting yang baru gugur dari pohon.

***

praakk...

Tamatlah riwayat sepotong ranting di jalanan, kerana dipijak manusia.

1 comment: