Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Tuesday

Saya bukannya minat sangat melepak di kedai makan lepas makan

Sebagai seorang bujang yang bekerja, saya perlu makan. Bujang yang tak bekerja pun perlu makan.

Saya ialah lelaki. Saya juga bujang. Jadi, aktiviti seperti menanak nasi atau menjerang air adalah suatu yang payah. Nak nak kalau jerang air pakai dapur, cerek pula jenis dah tak pandai nak memanggil kalau air dah sampai takat didir 100darjahselsius. Maunya kering dulu air tu baru sedar.

Untuk memudahkan perkara makan ini, saya lebih senang ke kedai makan sahaja. Parak memang parak. Dah parak pandai-pandai la cari makanan alternatif.

Letih la taip banyak-banyak. Dipendekkan cerita je lah ye.

Saya makan di kedai makan tomyam. Orang macam saya payah nak order tiga rasa ke sweet sour. Habis kelas dah rasanya kalau order nasi putih dengan paprik tu. Itu pun bukan selalu.

Ok ok. Pendekkan.

Habis makan tarik rokok. Sambil tarik rokok, berborak dua tiga patah.

Duduk dah mula tak berapa nak sedap. Badan rasa nak menyandar pada dinding rumah. Saya angkat tangan, jari telunjuk pusing sikit. Kemudian sambung borak, sambil tunggu orang datang kira. Tapi tak datang. Saya panggil lagi. Sambung borak lagi. Borak makin melalut dah lepas ke cerita pasal basikal tak ada brek. Saya panggil lagi. Kali ini sambil berdiri, baru orang nak datang kira.

Apajadah nak suruh kira nak kena panggil 4,8 kali. Ce cite ce cite..

6 comments:

Sutera_suci said...

Memang, selalu camtu kan? nak bagi duit pun susah..hehe

Sutera_suci said...

Memang, selalu camtu kan? nak bagi duit pun susah..hehe

Raja Fiqri Fauwaz said...

Hehe. tu la hal

Anonymous said...

gua nk makan ulam daun tenggek burung... keh keh keh!

Raja Fiqri Fauwaz said...

ceh. haha

TiM said...

muka kau macam muka orang dah kenyang kot. haha. padan muka muh!