Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Wednesday

Saya punya seorang gadis

Saya punya seorang gadis. Orang muda-muda panggil awek. Orang lama sikit panggil makwe. Semua perkataan yang ada dalam "makwe" itu ada dalam "awek".

Okey, saya setuju yang perkataan "awek" itu nampak lebih cool.

Er.. berbalik kepada cerita asal. Saya punya seorang gadis. Dia boleh dan tidak segan untuk tolong hantar nasi bungkus untuk saya makan tengahari di tempat kerja. Tanpa claim. Kalau itu belum cukup bagus untuk menggambarkan dia paling bagus untuk saya, sila gadis-gadis lain buat perkara yang sama untuk teman lelaki kamu.

Naluri seorang lelaki kadang-kadang pelik. Bukan naluri sangat pun sebenarnya, tapi lebih ke nak menunjuk ke kawan-kawan yang kita ni hebat kerana punya beberapa orang gadis. Ya, bagi seorang lelaki, punya gadis yang ramai itu adalah hebat dan cool. Kan? Em.. Okay, selain daripada ada cip beberapa M dalam game poker fb. Heh!

dem! disebabkan entri ini saya terlepas satu game poker. Ya, saya sedang menaip sambil berpoker.

ah. Lain kalilah saya taip lagi. Poker ni memang mengganggu emosi betul.
 

1 comment:

Yuyu said...

punya gadis ramai itu menunjukkan lelaki itu lemah sebenarnya..tak cool lah..haha.sempat la ber-poker..