Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Sunday

Saya sebatang pen

Saya ialah pen. Orang-orang seni panggil saya pena. Kegunaan saya adalah untuk menulis, melukis, menyonteng, membuat garisan, korek hidung, kena gigit, kena pinjam dan pelbagai kegunaan lain, selain dari membuat maksiat.

Nama saya Joe, eh, mana ada pen nama Joe. Tak mengapa, sebagai sebatang pen yang rokes saya perkenalkan diri saya sebagai Joe sahaja. Tapi saya tak punya rambut panjang dan jeans koyak lutut.

Sudah namanya pun pen, mestilah saya lahir di kilang pen. Takkanlah saya lahir di kilang papan atau rahim ibu pula. Oleh yang demikian, tidaklah kami kaum-kaum pen mempunyai status luar nikah. Kalau adapun cumalah pen-pen berjenama mahal yang di copy-paste sahaja jenamanya macam pen poker yang jual lelong dekat pasar malam itu.

Dipendekkan cerita, alah.. Kamu pun bukan suka baca panjang-panjang kan? Saya dengan seberkas adik beradik lain dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Sudah namanya pun pen, takkan mahu dijual di kedai nombor ekor pula, mestilah kedai alat tulis.

Beberapa ketika kemudian, saya seperti mahu dibeli oleh seorang gadis comel. Tangan beliau lembut sekali membelai tubuh kaku saya. Dia test drive saya di kertas yang disediakan pada rak kedai alat tulis tersebut. Dia conteng bulat-bulat. Kemudian saya lihat dia senyum, dan terus saya dimasukkan ke beg. Oh, saya telah dicuri rupanya.

Dipendekkan cerita lagi, saya terjatuh dari beg gadis itu, masa dia keluarkan entah benda apa dari begnya. Terjatuhlah saya di jalanan. Tak ada seorang pun pedulikan saya. Waktu itu saya terfikir, alangkah baiknya kalau saya sekeping wang RM50.

Aduh, sakit tubuh badan saya. Pecah. Entah kasut apa yang memijak saya. Tamatlah riwayat saya sebatang pen di jalanan.

Eh, saya dah mati, macamana saya boleh cerita ni?

1 comment:

Sutera_suci said...

Haha..coolioo!