Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Monday

Takkannya ada pagi yang begitu

tet.. Tet.. Tet.. Alarm henfon saya berbunyi. Saya raba henfon yang entah dimana.

Bawah tilam. Celah bantal. Bawah badan adik saya. Kemudian saya jumpa henfon. Ibu jari saya tekan butang snooze secara auto.

Henfon saya letakkan kembali.

Seketika kemudian saya bangun dengan sendiri, ambil henfon dan tutup alarm.

Saya menggeliat sedikit melegakan urat-urat yang baru mengalirkan darah dengan lancar semula.

Macam biasa, imej berbalam semakin cerah. Saya bangun dan buat aktiviti kebersihan.

Selesai bersiap beberapa ketika, saya keluar. Di muka pintu saya capai jack parcell usang. Seekor katak puru melompat keluar.

'alhamdulillah ada juga tempat berteduh untuk kamu, sejahteralah keatas kamu wahai si katak,' ujar saya.

Saya baca bismillah sebelum menyarung jack parcell usang yang sudah koyak rabak itu. Mana tahu ada ular yang berubah jadi emas.

Saya terasa macam ada pasir halus di dalam kasut. Saya tanggal kembali dan hentak kasut di lantai untuk membuang pasir itu.

Pasir-pasir itu aneh. Berkilauan. Seperti emas. Saya kutip sebutir yang agak kasar. Wah... Sememangnya emas.

Alhamdulillah.

***

Dan hari itu saya lewat bertugas. Cilakak punya mimpi. Jari pun buat hal pergi tekan alarm off buat apa. Hampeh.

No comments: