Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Sunday

Jurnal seekor kucing jalanan 4

Ini jurnal saya. Berjalanan di celah-celah kawanan manusia. Di lorong-lorong kecil. Di jalan-jalan sempit. Bersaing dengan makhluk lain.

Saya tidak peduli yang lain. Saya lebih sukakan manusia yang pelik. Ya, mereka pelik pada lihat saya.

Mereka tutup dengan sesuatu yang lembut yang kemudiannya saya tahu itu dipanggil pakaian.

***

Saya masuk dalam sebuah kedai kecil. Di dalamnya bergayutan sesuatu yang lembut. Terbuai-buai.

Ada beberapa manusia melihat-lihat sesuatu itu.

Saya cuma memerhati seorang manusia kecil dipimpin seorang manusia besar. Si kecil itu cuma mengekor.

Saya dengar perbualan mereka.

'mama, yang pada badan itu baju, yang pada kaki itu seluar.. Kalau keduanya apa?'

Si ibu tersenyum.

'kalau lengkap pada tubuh itu, bajunya, seluarnya, kasutnya, kita panggil pakaian..'

Saya lihat si kecil mengangguk sambil pandangnya tumpu pada sesuatu.

Saya berpaling pada tumpuannya.

Seorang manusia dengan pakaian, tapi tubuhnya seperti tidak bertutup.

Seperti saya.

Entah apa dalam fikiran manusia kecil itu.

***

Saya kembali melangkah, bersaing dengan kaki-kaki keras manusia. Selalunya saya mengalah sahaja.

Saya Joe, seekor kucing yang berebut hidup di celah ribut manusia dan saya selalu fikir, mereka adalah ciptaan tuhan paling mulia.

Ya, selalu saya doakan manusia-manusia mulia dalam zikir saya memuji tuhan.


Bersambung.

1 comment:

ana said...

sayangilah binatang... :)