Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Thursday

Seekor kucing kecil dan saya

Saya sedang kerja. Ketika saya rehat... Waktu rehat saya adalah rokok sebatang.

Ketika saya rehat, saya lihat seekor anak kucing menguis sampah kering. Anak kucing yang masih kecil, jika ada ibunya, dia masih belum putus susu.

Dia pandang saya yang ralit melihat dia menguis sampah. Kemudian mengiau kecil.

Pada hemat saya sudah tentulah si kecil itu kelaparan. Jika saya di tempat dia, entah apa boleh saya buat untuk secebis perkara yang boleh dimakan.

Entah apa dalam fikiran saya, hati kering saya sedikit tersentuh. Jarang sekali saya bekelakuan dan berperasaan begini.

Lalu saya beli sebungkus makanan kucing berjenama mahal, walhal saya sendiri kehausan dan rasa ingin minum air manis dalam tin. Saya berkira-kira, antara rezeki si kecil itu atau minuman dalam tin saya. Tekak saya kecewa, dan perasaan itu lebih ke si kecil tersebut.

Saya hidangkan dia rezeki itu, dan dia menikmatinya.

Usai si kecil itu menikmati rezekinya, dia lebih aktif dari tadi. Berlari-lari dan mengelilingi kaki saya. Kadang-kadang dia melompat ke pangkuan saya.

Saya kembali bertugas. Kemudian pulang. Saya tinggalkan dia di jalanan itu. Saya harap esok masih ada untuk dia.

***

Esoknya saya kembali bertugas. Kelibat si kecil itu tiada.

Mungkin dia berteduh.

Agak lama saya bertugas, dan memerhati. Kelibat si kecil masih belum kelihatan.

Masih hidupkah dia, atau seperti kucing-kucing jalanan lain yang tewas bersaing kehidupan dengan tayar kereta.

Untuk memuaskan hati, saya bertanya pada orang-orang yang biasa di situ.

Jawapannya melegakan. Si kecil itu diambil seseorang.

Saya harap, si kecil itu tidak lupa mendoakan sedikit pahala untuk saya.

***

Ini bukan jurnal joe. Ini tiada kaitan dengan joe si kucing jalanan. Ini cerita saya.

3 comments:

Kumbang Jingga said...

ciannya kucing tu..dulu sy penah dgr citer pasal seorang pelacur yang masuk syurga sbb bagi anjing minum...

Raja Fiqri Fauwaz said...

:) saya tak semulia pelacur tu. Hehe

Ceiler Mun said...

bagosnye awak ni :)