Pages

Mister Linky's Magical Widgets ada di page bloglist. Sila ke page bloglist untuk letak link ke blog kamu. :)


Friday

Tanpa beg plastik day

Ramai juga I... Cilakak, tersasul dengan blog satu lagi. Ramai juga saya baca blogger tulis pasal ni. Ramai yang setuju. Ramai yang tak setuju dan ramai juga yang tak setuju.

Saya adalah seorang pekerja 7Eleven, yang mana turut terlibat dengan gejala sosial (scene hari tanpa beg plastik) yang tengah menaik ni. Memang leceh. Tapi tak susah pun. Ramai juga yang sanggup peluk botol koka-kola sama botol air minerel spritzer tu dari bayar plastik 20sen. Kan? Ah, ini prinsip.

Sama macam saya. Saya fikir. Bila saya beli barang RM0.80, kemudian tauke kedai suruh ambik baki gula-gula, saya tak mahu. Sebab apa? RM0.20 punya harga untuk saya, seorang rakyat Malaysia yang biasa, dan biasa-biasa sahaja. Rokok pun beli batang-batang dekat kedai mamak bila dah cecah hujung bulan. Mungkin, pada tauke kedai alah, apalah sangat RM0.20. K, FINE!

Pada saya, HTBP ini ada bagusnya. Bagus, untuk masa depan. Tapi cara dia tak betul. Mungkin betul RM0.20 untuk satu beg plastik adalah macam gampang. Tapi orang akan ada pilihan. Nak ke tak nak.

Dan, ada cadangan yang lagi bagus macam saya baca di blog-blog. Ikut macam negara maju yang lain. Guna beg kertas untuk kedai-kedai kering. Alah, macam 7Eleven la. Apa susah. Kan? Ops, tapi beg kertas ini kena korbankan pokok pula ya.

Hm. Tak cool pula sebagai seorang lelaki nak kena bawa beg recycle, ala.. Beg kain macam budak-budak bawa pergi kelas fardhu ain tu.

Ada cadangan lain?

2 comments:

ana said...

hahaha...letak brg dlm helmet sudah :P

Raja Fiqri Fauwaz said...

cun dan agak rempit. haha